top of page

Pucuk Pemimpin Polis Diraja Malaysia
 

Jabatan-Jabatan di PDRM
 

 

PDRM terbahagi kepada 8 jabatan utama yang terdiri Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan satu jabatan baru yang ditubuhkan iaitu Pasukan Petugas Khas. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis.

 

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah pula memainkan peranan dalam penyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalah-pesalah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memikul tanggungjawab dalam penyiasatan dan pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih, Jabatan Logistik sebagai jabatan yang menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataan dan lain-lain, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berperanan sebagai 'operational wing' PDRM, dan Cawangan Khas sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan.

 

 

Jabatan Pengurusan

 

Jabatan Pengurusan diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh lima Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Timbalan Pengarah Pengurusan (Pekhidmatan/Perjawatan), Timbalan Pengarah Agama/Kuanseling dan Timbalan Pengarah Integriti/Displin.

 

Fungsi

 

  • Latihan - Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi.

  • Pentadbiran - Merangkumi Pentadbiran Am (Urus setia, Kebajikan, Istiadat dan PERKEP) dan Keselamatan/Sukan/Rekreasi (Kem Komandan, Pancaragam, Muzium dan Sukan)

  • Perkhidmatan / Perjawatan - Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji / elaun dan persaraan.

  • Agama/Kaunseling - Merangkumi Pembangunan model insan dan kaunseling, kerjasama sengan pelbagai pihak termasuk organisasi kerajaan serta mengadakan latihan dan kursus.

  • Integriti/Disiplin - Merangkumi pengawalan mutu disiplin disemua peringkat anggota pasukan, menyelaras peraturan pasukan, menyelaras peraturan tindakan tatatertib dan menentukan hukuman tatatertib setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

 

 

Cawangan Khas

 

Cawangan Khas diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I dan II. Selaras dengan penugasan kepolisan, fungsi utama Cawangan Khas adalah sebagai mana diperuntukkan dibawah seksyen 3(3) dan seksyen 20(3) Akta Polis 1967.

Pegawai dan anggota Cawangan Khas juga mempunyai kuasa-kuasa polis sepertimana termaktub dalam undang-undang negara ini.

 

Objektif

Cawangan Khas bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.

 

Visi dan Misi

Untuk menjadi agensi perisikan moden, kompeten, dihormati, berintegriti dan sebuah organisasi perisikan utama dalam mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

 

Jabatan Siasatan Jenayah

 

Akta Polis 1967, Seksyen 3(3) menyebutkan bahawa antara tugas pasukan polis ialah mencegah, mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah. Jabatan Siasatan Jenayah dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan tugas-tugas tersebut.

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh empat orang Timbalan Pengarah dibawahnya, iaitu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah  (Siasatan / Perundangan), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Jenayah Terancang), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Forensik / Databank / DNA / Perancangan Strategi).

 

Bahagian di bawah Jabatan Siasatan Jenayah adalah:-

 

  • Bahagian Urusetia 

  • Bahagian D1 (Kepolisan Kawalan Dalaman)

  • Bahagian D2 (Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia & Singapura)

  • Bahagian D3 (Naziran)

  • Bahagian D4 (Risikan Jenayah)

  • Bahagian D5 (Pendakwaan / Undang-Undang)

  • Bahagian D6 (Bantuan Teknik)

  • Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat)

  • Bahagian D8 (Operasi Khas)

  • Bahagian D9 (Siasatan Khas)

  • Bahagian D10 (Forensik)

  • Bahagian D11 (Siasatan Seksual / Kanak-Kanak)

  • Bahagian D12 (Interpol)

  • Bahagian D13 (Data Bank / DNA)

  • STAFOC

 

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)

 

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam diketuai oleh seorang pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh empat timbalan pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Gerakan) JKDNKA (Deputi Komisioner), Timbalan Pengarah (PGA) JKDNKA (Deputi Komisioner), Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) JKDNKA (Senior Asisten Komisioner) dan Timbalan Pengarah (PGK) JKDNKA (Senior Asisten Komisioner)

 

Misi
Memelihara keselamatan dan ketenteraman negara

 

Visi
Memelihara undang-undang dan kedaulatan negara

Fungsi

  • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara;

  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguatkuasaan, mutu siasatan serta kelancaran lalulintas; 

  • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam;

  • Meningkatkan tahap keselamatan daratan dan perairan negara;

  • Meningkatkan keberkesanan tindakan menumpas keganasan; 

  • Meningkatkan pengurusan keselamatan dan ketenteraman awam.

  •  

Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-

  • Pasukan Gerakan AM (PGA)

  • Pasukan Gerakan Khas (PGK)

  • Pasukan Gerakan Marin (PGM)

  • Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)

  • Pasukan Gerakan Udara (PGU)

  • Pasukan Trafik 

 

 

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

 

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I (Siasatan) dan Timbalan Pengarah II (Pentadbiran).

 

Visi 
Menjadi sebuah jabatan penyiasatan yang efisyen, berdaya saing dan proaktif dari aspek membendung penularan semua bentuk jenayah komersil di negara ini.

 

Misi

Komited dalam menjalankan siasatan secara profesional untuk meningkatkan masyarakat dan terus kekal releven. 

 

Fungsi 
Fungsi utama JSJK adalah , menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

 

Objektif

  • Menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru.

  • Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu untuk tujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan.

  • Mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini. Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan.

  • Menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum.

 

Bahagian di bawah Jabatan ini adalah:-

  • Siasatan Forensik Accounting.

  • Siasatan Kewangan.

  • Siasatan Koperat.

  • Siasatan Lain-lain Pemalsuan.

  • Siasatan Jenayah Siber & Multimedia.

  • Operasi/Bantuan Teknik.

  • Pentadbiran/Kerjasama Antarabangsa.

  • Penyelidikan/Risikan.

  • Naziran.

  • Perundangan. 

  • Bahagian Urus Setia 

 

 

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

 

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM ditubuhkan bagi membenteras gejala pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Jabatan ini telah disusun semula pada 2 Januari 1996, diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am) dan Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta /  Perundangan / Tahanan ). Matlamat utama Jabatan Narkotik ialah untuk mencapai perkhidmatan yang cekap dan cemerlang dalam menangani masalah dadah negara.

 

Misi
Memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

 

Fungsi

  • Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah

  • Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah

  • Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah

  • Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah

  • Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah

  • Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negara

  • Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah

  • Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah

  • Menyediakan latihan kepada pegawai / anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik samada di dalam dan luar negara

  • Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negara

 

Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini ialah:

  • Siasatan Khas

  • Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa

  • Pentadbiran

  • Tahanan

  • Perlucuthakan Harta

  • Soalsiasat

  • Pakar/Bantuan Teknik

  • Rekod/Perangkaan

  • Pendaftaran

  • Logistik

  • Petugas Lapangan Terbang

 

Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi

 

Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh tiga Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I (Pengangkutan /Teknologi Maklumat / Komunikasi / Pembangunan / Penyelenggaraan) Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Timbalan Pengarah II (Kewangan / Pengurusan Aset / Kepolisan Am) Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Timbalan Pengarah III (Perolehan / Pusat Bekalan Polis / Persenjataan) Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

 

Misi
Menjamin bantuan logistik yang berkualiti dan cemerlang secara berterusan.

 

Fungsi

  • Mengendalikan belanjawan, mengurus dan pembangunan PDRM

  • Merancang, mengurus, mengendali dan menyenggara semua aspek komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan persenjataan

  • Mengurus projek dan menyenggara bangunan serta hartanah

  • Menguruskan perolehan dan pembekalan kelengkapan am / teknikal PDRM

  • Mengurus aset PDRM

 

Bahagian di bawah jabatan ini ialah:-

  • Bahagian Pengangkutan

  • Bahagian Teknologi Maklumat

  • Bahagian Komunikasi

  • Bahagian Bekalan Polis

  • Bahagian Perolehan

  • Bahagian Kewangan

  • Bahagian Persenjataan

  • Bahagian Pembangunan / Penyelenggaraan

  • Bahagian Kepolisan Am

  • Bahagian Pengurusan Aset 

 

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)

 

Jabatan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti  diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Dasar/Strategi/Kolaborasi Sumber) dan Timbalan Pengarah (Operasi).


Objektif
Memastikan strategi dan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah daripada berlaku, menghapuskan peluang perlakuan jenayah, menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah dan menangani serta mengurangkan persepsi kebimbangan jenayah.

 

bottom of page