top of page

Polis Diraja Malaysia
 

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,426 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

 

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Visi dan Misi
 

Objektif
 

 

  • Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ;

  • Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia ;

  • Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ;

  • Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ;

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi menentukan kejayaan PDRM;

  • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara dan

  • Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam.

 

Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan

 

Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah:

 

  • Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman

  • Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia

  • Mencegah dan Mengesan Penjenayah

  • Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan

  • Mengumpul Risikan Keselamatan.

 

 

 

 

 

Dasar Utama PDRM
 

Struktur
 

Pangkat
 

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu

 

Kumpulan Komisioner (ACP - IGP),

Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT)

Kumpulan Inspektor (INSP).

 

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

 

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

 

Pegawai-Pegawai Kanan PolisInspektor General Polis (IG)

Deputi Inspektor General Polis (DIG)

Komissioner Polis (CP)

Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)

Deputi Komisioner Polis (DCP)

Senior  Asisten Komisioner Polis (SAC)

Asisten Komisioner Polis (ACP)

Superintendan Polis (SUPT.)

Deputi Superintendan Polis (DSP)

Asistan Superintendan Polis (ASP)

Inspektor (INSP)Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah PolisSub-Inspektor (SI)

Sarjan Mejar (SM)

Sarjan (SJN)

Koperal (KPL)

Lans Koperal (L/KPL)

Konstabel (KONST)

bottom of page